Friday, 2 May 2014

VIDEO JENAYAH-JENAYAH DI SEKOLAH

TAHUKAH ANDA?

SMK PC 1 SEBAGAI SEKOLAH ANGKAT PDRM

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 telah dijadikan sekolah angkat polis semenjak tahun 2013. Sekolah ini dijadikan sekolah angkat berikutan memastikan keselamatan para pelajar sekolah. Kerana kedudukan SMK PC I yang terletak di kawasan yang agak sibuk, keselamatan para pelajar ketika waktu pagi dan tengahari (pulang dari sekolah) amat dititik beratkan oleh para guru di sekolah ini. Justeru, pasukan RELA dan pihak polis telah ditugaskan untuk mengawal keadaan lalu lintas semasa para pelajar pulang dari sekolah iaitu pada jam 2.00 petang.













JENAYAH SIBER



Apakah itu jenayah siber?
Dunia siber adalah dunia yang tidak asing lagi bagi masyarakat di era globalisasi kini. Untuk memperoleh maklumat secara mudah dan cepat, segala-galanya kini hanya di hujung jari. Namun demikian, dunia siber kini semakin disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang memikirkan kepentingan dan keseronokan sendiri. Antara jenayah siber yang terkenal adalah:


  1. Penipuan
  2. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer
  3. Kecurian maklumat
  4. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
  5. Menyalin perisian secara tidak sah
  6. Pengintipan
  7. Judi siber
  8. Skim cepat kaya
  9. Pornografi
  10. Penggodam atau 'hacker'
  11. Penyebaran virus
  12. Mel Spam


Sumber: http://thebobodoll.blogspot.com/2010/07/1-penyalahgunaan-teknologi-internet-di.html



Bagaimanakan jenayah siber tersebar dalam kalangan pelajar?

Antara punca jenayah siber menular dalam kalangan pelajar adalah kerana kurang perhatian dan kawalan yang diberikan oleh ibu bapa pelajar. Sikap remaja yang sukakan hiburan, bersikap ingin tahu, hobi dan kerana bosan merupakan punca tertinggi jenayah siber ini berlaku. 
Sumber: http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM



Facebook dan remaja. 
Setiap kali membicarakan sola jenayah siber, terlintas di fikiran saya mengenai Facebook. Ya, Facebook. Mudahnya Facebook membantu kita, mudahnya kita berhubung dan mendapat maklumat, semudah itu jugalah kita sebenarnya membuka jalan kepada orang asing untuk mengetahui hal peribadai kita. Beberapa bulan yang lalu, Malaysia digemparkan dengan kes berita mengenai seorang pelajar perempuan yang dirogol oleh kenalan yang hanya dikenali beliau melalui laman Facebook. Kes ini membuka mata masyarakat terhadap bahana dan bahaya laman web sosial dalam kalangan pelajar jika tidak dipantau secara serius oleh ibu bapa. Melalui laman web Facebook juga, para pelajar begitu mudah mencari 'kanalan baru' yang kadang-kadang tidak diketahui latar belakangnya. Jadi, para pelajar, berhati-hatilah menggunakan Facebook anda.  


Sumber berkaitan:
http://mix-rojak.blogspot.com/2012/06/berhati-hati-menggunakan-facebook.html#
http://beritakotamakassar.com/index.php/topik-utama-hari-ini/25729-kenal-di-facebook-siswi-smp-diperkosa.html

Thursday, 1 May 2014

TANGGUNGJAWAB MEMBANTERAS JENAYAH

Kegiatan jenayah yang semakin serius memerlukan peranan setiap individu pelajar, para guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. 

Apa yang perlu anda lakukan jika menyaksikan rakan anda dibuli?? 
Apa yang anda lakukan jika ternampak rakan anda memberi atau menerima pil kuda/pil khayal dan sebagainya?
Apa yang anda perlu lakukan jika melihat sebarang kecurian?

Peranan Pelajar


  • Laporkan kepada guru!! Jangan lengahkan!! 
  • Beri nasihat kepada rakan anda
  • Dedahkan rakan anda dengan nilai-nilai moral dalam diri
  • Beritahu rakan anda akan kesan dan akibat melakukan kegiatan jenayah
  • Laporkan kepada pihak berkuasa jika kegiatan jenayah ini menjadi semakin serius
Jika anda benar-benar sayangkan rakan anda, 
BERTINDAKLAH!



Peranan Guru

  • Guru perlu mengenakan tindakan dengan segera jika mendapat tahu mengenai kegiatan salah alku pelajar
  • Sebolehnya, 'spot check' dilakukan secara kerap demi memastikan pelajar dalam keadaan yang tidak mencurigakan
  • Melaporkan kepada polis jika terdapat kes-kes jenayah yang berat
  • Meminta bantuan pihak berkuasa membuat rondaan di sekolah.
Peranan Ibu Bapa

  • Ibu bapa merupakan model contoh yang pertama kepada anak-anak.
  • Maka, ibu bapa adalah sumber yang paling utama dalam mendidik dan menerapka nilai murni dalam jiwa anak-anak
  • Ibu bapa perlu setiasa memantau gerak geri anak-anak di rumah mahupun di luar rumah
  • Ibu bapa perlu mengisi masa kualiti bersama anak-anak dan peka terhadap perkembangan anak-anak.