Apa yang perlu anda lakukan jika menyaksikan rakan anda dibuli??
Apa yang anda lakukan jika ternampak rakan anda memberi atau menerima pil kuda/pil khayal dan sebagainya?
Apa yang anda perlu lakukan jika melihat sebarang kecurian?
Peranan Pelajar
- Laporkan kepada guru!! Jangan lengahkan!!
- Beri nasihat kepada rakan anda
- Dedahkan rakan anda dengan nilai-nilai moral dalam diri
- Beritahu rakan anda akan kesan dan akibat melakukan kegiatan jenayah
- Laporkan kepada pihak berkuasa jika kegiatan jenayah ini menjadi semakin serius
Jika anda benar-benar sayangkan rakan anda,
BERTINDAKLAH!
Peranan Guru
- Guru perlu mengenakan tindakan dengan segera jika mendapat tahu mengenai kegiatan salah alku pelajar
- Sebolehnya, 'spot check' dilakukan secara kerap demi memastikan pelajar dalam keadaan yang tidak mencurigakan
- Melaporkan kepada polis jika terdapat kes-kes jenayah yang berat
- Meminta bantuan pihak berkuasa membuat rondaan di sekolah.
Peranan Ibu Bapa
- Ibu bapa merupakan model contoh yang pertama kepada anak-anak.
- Maka, ibu bapa adalah sumber yang paling utama dalam mendidik dan menerapka nilai murni dalam jiwa anak-anak
- Ibu bapa perlu setiasa memantau gerak geri anak-anak di rumah mahupun di luar rumah
- Ibu bapa perlu mengisi masa kualiti bersama anak-anak dan peka terhadap perkembangan anak-anak.
No comments:
Post a Comment