Apakah itu jenayah siber?
Dunia siber adalah dunia yang tidak asing lagi bagi masyarakat di era globalisasi kini. Untuk memperoleh maklumat secara mudah dan cepat, segala-galanya kini hanya di hujung jari. Namun demikian, dunia siber kini semakin disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang memikirkan kepentingan dan keseronokan sendiri. Antara jenayah siber yang terkenal adalah:
- Penipuan
- Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer
- Kecurian maklumat
- Capaian secara tidak sah ke atas sistem
- Menyalin perisian secara tidak sah
- Pengintipan
- Judi siber
- Skim cepat kaya
- Pornografi
- Penggodam atau 'hacker'
- Penyebaran virus
- Mel Spam
Sumber: http://thebobodoll.blogspot.com/2010/07/1-penyalahgunaan-teknologi-internet-di.html
Bagaimanakan jenayah siber tersebar dalam kalangan pelajar?
Antara punca jenayah siber menular dalam kalangan pelajar adalah kerana kurang perhatian dan kawalan yang diberikan oleh ibu bapa pelajar. Sikap remaja yang sukakan hiburan, bersikap ingin tahu, hobi dan kerana bosan merupakan punca tertinggi jenayah siber ini berlaku.
Sumber: http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM
Facebook dan remaja.
Setiap kali membicarakan sola jenayah siber, terlintas di fikiran saya mengenai Facebook. Ya, Facebook. Mudahnya Facebook membantu kita, mudahnya kita berhubung dan mendapat maklumat, semudah itu jugalah kita sebenarnya membuka jalan kepada orang asing untuk mengetahui hal peribadai kita. Beberapa bulan yang lalu, Malaysia digemparkan dengan kes berita mengenai seorang pelajar perempuan yang dirogol oleh kenalan yang hanya dikenali beliau melalui laman Facebook. Kes ini membuka mata masyarakat terhadap bahana dan bahaya laman web sosial dalam kalangan pelajar jika tidak dipantau secara serius oleh ibu bapa. Melalui laman web Facebook juga, para pelajar begitu mudah mencari 'kanalan baru' yang kadang-kadang tidak diketahui latar belakangnya. Jadi, para pelajar, berhati-hatilah menggunakan Facebook anda.
Sumber berkaitan:
http://mix-rojak.blogspot.com/2012/06/berhati-hati-menggunakan-facebook.html#
http://beritakotamakassar.com/index.php/topik-utama-hari-ini/25729-kenal-di-facebook-siswi-smp-diperkosa.html
No comments:
Post a Comment